Gossip memang best tapi kalau sampai menjatuhkan maruah orang lain, itu dah kira fitnah pula. Kadang-kadang boleh mencetuskan pergaduhan. Dari kawan rapat akhirnya jadi musuh. Dari kalangan artis kita sendiri, tidak pernah lengang dari gossip, ramai artis yang mengalami masalah hanya semata-mata kerana gossip. Dan orang yang menyebarkan gossip tentang diri mereka itu juge selalunya adalah orang yang dekat dengan diri mereka sendiri. Gossip tidak mengira sesiapa. Kadang-kadang kawan baik sendiri pun boleh buat gossip tentang diri kita. Jadi untuk mengelakkan diri dari digossip pandai-pandai la korang bawak diri. Jangan sampai diri korang jadi bahan gossip.
Saturday, September 29, 2007
Keburukkan gossip
Posted by
barney
at
7:43 PM
1 comments
kebaikkan gossip
Jangan ingat gossip tiada kebaikkan. Sebenarnya gossip juga ada kebaikkannya. Tak semua isi kandungan yang disebarkan itu membawa berita yang boleh menjatuhkan airmuka orang lain. Contohnya gossip tentang perkahwinan siti nurhaliza. Itu adalah satu berita baik yang perlu dikongsi dengan semua orang.mungkin jika tiada orang yang mewujudkan gossip tentang perkahwinan beliau. Mungkin kita tidak akan mengetahui tentang perancangan perkahwinan beliau dengan cepat. So bagi aku dalam keburukan gossip ni. Ia masih wujud kebaikkannya.
Posted by
barney
at
7:39 PM
0
comments
jenis2 gossip
gossip ni pun ada banyak jenis. ada jenis yang x elok dan ada yang elok. tapi gossip ni selalunya lebih kepada yang tak elok. jarang sangat aku dengar gossip yang elok. semuanya pasal keburukkan orang je. dengar gossip ni memang best. tak dinafikan, aku pun suka dengar gossip jugak. tapi berpada-pada la kalau nak bergossip pun, jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain. Dalam dunia artis pula gossip memang x pernah pupus. artis nak kahwin ke, artis dapat pakwe baru ke, artis pergi kelab ke mesti ada punya la sok sek- sok sek di kalangan wartawan yang tak bertauliah ni.
Posted by
barney
at
7:24 PM
0
comments
punca orang suka bergossip

selain tu,faktor lain mungkin juga cara diorang melahirkan rasa ketidak puasan hati diorang melalui gossip. bila rasa sakit hati dengan sipolan- sipolan tertentu maka akan tercetus la gossip tentang sipolan terbabit. nak cakap depan tak berani. sudahnya kutuk secara belakang.
Posted by
barney
at
7:12 PM
0
comments
intro ahli mensyuarat tingkap
Hai… kepada semua pembaca blog yang dihormati. Terima kasih kerana sudi melayari laman blog ini. Dalam ruangan ini aku akan mengupas tentang isu gossip. Gossip, kat mana-mana sahaja ada gossip. Macam aku,seorang pelajar dekat fakulti je dah bape banyak gossip yang aku pernah dengar. Di rumah apatah lagi. Dan apa yang pasti semua orang suka dengar gossip. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku ini. Tapi kebanyakkannya yang aku lihat orang memang suka dengan gossip. Bak kata kawan-kawan aku, tanpa gossip hidup tak meriah.
Posted by
barney
at
7:08 PM
0
comments